Tiga kali bunyi dentuman

This Classified was posted in News

Tiga kali bunyi dentuman
Click Here to Watch Video

RATUSAN pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik akibat tanah runtuh di Jalan Kiulu – Tamparuli berhampiran Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu, di Tuaran, pada Selasa, 10 Disember. Kejadian 2 pagi itu menyebabkan laluan sepanjang 20 meter mendap dan runtuh sekali gus menyebabkan jalan yang menghubungkan kampung berkenaan dengan Tamparuli tidak dapat dilalui. Seorang penduduk kampung berhampiran, Frenando Bukana, 16, berkata, mereka sekeluarga menyedari kejadian itu sebaik terdengar tiga kali bunyi dentuman, pada awal pagi. Frenando berkata, mereka sekeluarga terkejut selepas meninjau keadaan di lokasi berkenaan pada 5 pagi. Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga tiba di lokasi seawal jam 7 pagi untuk meletakkan kon dan papan tanda amaran bagi menutup laluan di kedua-dua arah.

This Classified was posted in News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *