Nov 25

Kebakaran bahan kimia: UPBN Selangor bina parit penahanan sementara

Kebakaran bahan kimia: UPBN Selangor bina parit penahanan sementara

 Click Here to Watch Video

Unit Pengurusan Bencana Selangor (UPBN) akan membina parit sementara di sekitar kawasan kebakaran bahan kimia yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Kapar, Batu 16, Kampung Tambak Jawa, di Kuala Selangor. Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pihaknya juga menunggu penilaian oleh Unit Kualiti Alam Sekitar sebelum melupuskan sisa bahan kimia itu. Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu keputusan mengenai jenis bahan kimia itu berikutan ketiadaan label pada tong berkenaan.